Isnin, 23 November 2009

CELIK MAKLUMAT

Berdasarkan http://bukuria-malaysia.com/2008/05/siapa-celik-maklumat-perspektif-sains-perpustakaan-ii/

Melalui kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, satu standard telah digubal untuk mengukur tahap kecelikan maklumat seseorang individu. Standard itu dinamakan Standard Kelayakan Celik Maklumat bagi Pengajian Tinggi dan telah menjadi asas kepada standard celik maklumat lain di luar Amerika Syarikat.

Melalui standard tersebut, satu tafsiran celik maklumat telah disimpulkan; iaitu satu set keupayaan yang membolehkan seseorang mengenal pasti keadaan apabila maklumat diperlukan dan kemampuan individu itu untuk mencari, menilai dan menggunakan maklumat yang diperlukan dengan tepat dan berkesan.
KENANGAN

Tanggal 2 JUN 2009 aku telah selamat melahirkan bayi di Hospital Besar Melaka.Itulah kenangan yang tidak dapat aku lupakan hingga kini.Apa tidaknya,tidak pernah terlintas di fikiranku kerana aku menjangka aku akan melahirkan bayiku di Perak.

Peristiwa itu berlaku ketika aku menjalani KDPM di IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka.
Seperti bermimpi....tiba-tiba saya menjadi blogger.Begitu mudah untuk menyediakan blog.Hanya melibatkan 3 langkah iaitu :

1.Menyediakan akaun Google
2.Menamakan blog
3.Memilih tempat